http://taukeytupperware.blogspot.com/

Layan Iklan Jap!

Saturday 17 December 2011

Tupperware & MLM... Haram ka?


Tupperware tu MLM juga ka? Itu persoalan pertama bila saya di ajak untuk menjadi ahli Tupperware... Seingat saya masa mak saya gilakan Tupperware berpuluh-puluh tahun yg lalu, Tupperware bukan MLM!...

"Tak dik..dah lebih kurang 5 tahun dah Tupperware jd MLM.. " akak yg ajak saya join tu bgtau... Tak syoknya bila tau Tupperware pun dah jd MLM..banyak isu tak elok yg saya dengar mengenai MLM ni.. Tp disebabkan minat dengan produk Tupperware ni dan atas NIAT nak dptkan produk ni dgn HARGA yg lebih MURAH!, saya pun join ja la... 

Multi Level Marketing atau MLM...Satu kaedah perniagaan yang beroperasi menggunakan beberapa level...'upline' 'downline'...kaedah ni sebenarnya adalah salah satu 'Marketing Strategy' sesebuah perniagaan nak promote produk dia. Yala klu nak guna iklan di tv, surat khabar, majalah, radio... kan ke mahal tu...So dgn mgunakan kaedah MLM, maklumat tentang produk ni akan tersebar dr mulut ke mulut...FREE OF CHARGE! malah dpt duit lg sbb setiap kali ada org berminat nak jd member kena bg duit kan....



Persoalannya di sini...HARAM kah MLM Tupperware d sisi agama? 

Saya terbaca artikel ini disebuah blog 

Saya cuba rumuskan saranan beliau sebegini :  
Pastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi!
 
  • 1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

Bagaimana dengan produk Tupperware? sudah semestinya umum mengetahui produk ini benar-benar bermanfaat,berkualiti dan paling penting waranty for life!... saya menjadi ahli Tupperware pun sbb saya nak produknya... Ok! syarat pertama telah dipatuhi...jom baca apa pula syarat seterusnya...
 
  • 2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

Tupperware jual apa?... Ya pandai!... Tupperware jual bekas plastik... so takde kaitan dgn emas dan perak...syarat kedua pun telah dipatuhi...apa pula kata syarat yg ketiga?...

  • 3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

Bab komisyen-komisyen ni MLM Tupperware mmg takdak masalah nak memahaminya...semuanya dijelaskan di dalam buku yg Tupperware bg tu..siap ada gambarajah lg dan cth-cth yg jelas..so nak apa lg?...Upline pula bertanggungjawab membantu downline...tu apa yg pihak Tupperware dan upline ajarkan kepada saya... cuma dr segi pelaksanaannya, ada gak upline yg tak bantu downline pun..sbb tak kenal siapa downline dia...apa taknya klu dah stokist Tupperware atau upline kpd upline tu yg tolong daftarkan nama downline tu di bawah dia....hmmm dlm hal ni sendiri mau ingatla...apa-apa pun yg saya faham syarat ni telah dipatuhi oleh MLM Tupperware...ok..mari kita baca pula syarat keempat...

  • 4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

Oh tidak tidak tidak...Tupperware tak kira komisyen ikut 'kepala'... Tupperware kira komisyen ikut nilai produk yg dibeli oleh downline....selagi downline tak buat sebarang pembelian, selagi tu lah upline tak dpt sebarang keuntungan mahupun komisyen... berjaya mendapat downline belum tentu kita akan dpt komisyen! Paling penting downline kena buat sebarang pembelian dlm tempoh 21 hari tau..klu tak, kira terputus hubungan dgn downline...putus hubungan downline upline je la..bukan putus saudara ye...hehehe.. OK.. syarat keempat pun telah dipatuhi... so apa pula kata syarat yg kelima?...

  • 5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

...Aduh ni nampak mcm berat sikit nih... sbb Tupperware dah tetapkan syarat klu nak dpt komisyen downline kena buat pembelian at least RM500... hmmm... ia mungkin dibenarkan atas asas Ju'alah kot... Ju'alah tu ape?.. Ju'alah tu maksudnya suatu iltizam dlm bentuk janji memberikan upah tertentu secara sukarela terhadap org yg berhasil melakukan perbuatan atau memberikan jasa yang belum pasti dpt dilaksanakan. So, yg ni saya pun tak brp pasti la hukumnya utk MLM Tupperware.. apa-apa pun jgn paksa diri la beli sampai RM500 sebulan benda yg kita taknak semata mata nak dpt komisyen...huhuhuhu...Jom tgk syarat yg keenam la pulak...

  • 6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?. 

Kalau yg ni Tupperware mmg amalkan...tinggal lg rajin tak rajin je nak dtg perjumpaan ni... tambah-tambah lg komisyen Tupperware cuma sampai 3 generasi je... takde la spai ahli di kaki yg 10 ke bawah pun... semua saling kenal mengenali walaupun tak sama team...(dgn syarat rajin attend assembly & training ler...).. ok lulus! lulus!... bagaimana pula dgn syarat seterusnya?... 
  • 7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
  
Oh ni lg takde kena mengena dgn MLM Tupperware... downline klu rajin boleh dpt lebih drpd upline baik dr segi keuntungan mahupun pangkat... ada gak kes upline yg melingkup sbb malas... downline tak effect apa pun...Ok... apa pula kata syarat yg ke lapan ni...

  • 8. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

Sistem komisyen Tupperware canggih tau... telus dan boleh difahami..siap tunjuk pengiraan lg mcm mana kita boleh dpt figure komisyern tu...perkembangan komisyen pula boleh tgk secara online lg... kat mana  lg?..kat TWBiznet.com la...Ok! kita baca pula syarat yg terakhir...

  • 9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
  
Struktur plan pemasaran Tupperware dah jelas pun... tinggal lg rajin bertanya atau rajin membaca ja... semuanya ada dlm 'starter kit' yang Tupperware bg tu... So syarat ni pun telah dipatuhi.... dah habis baca dah semua syarat kan?...

*************

So... kesimpulannya di sini MLM Tupperware takde masalah la ye... even JAKIM sendiri pun dah buat kenyataan begini :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan  Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.



Tapi di pihak saya pula sebenarnya lebih seronok menjual sendiri Tupperware berbanding mengharapkan komisyen drpd org bawahan... Keuntungan menjual Tupperware adalah sepenuhnya titik peluh saya... sebaliknya keuntungan komisyen lebih kepada titik peluh downline saya... walaupun sebenarnya taklah sebanyak mana... Sbb tu saya lebih selesa mengeluarkan sedikit modal samada dgn menampung sedikit modal keahlian ataupun dgn menghadiahkan sedikit pemberian kepada mana-mana yg berminat nak join team Tupperware saya... So, kira mereka ni sebenarnya adalah 'bisnes partner' saya la... saya mendapat komisyen atas wang yg saya laburkan dlm perniagaan Tupperware mereka... 


Wallahua'lam....

No comments:

Post a Comment