http://taukeytupperware.blogspot.com/

Layan Iklan Jap!

Saturday 3 December 2011

Tupperware Foundation Course


Byk benda yg saya perlu fahami dan pelajari sebaik melibatkan diri dlm Dunia Tupperware ni... sbb tu bila dimaklumkan saja ada kursus asas berkenaan Tupperware, saya tak fikir panjang lagi terus bersetuju utk menghadiri kursus ini... caj nya tak mahal pun.. RM50 je termasuk dewan seminar (bertempat di Shah Alam Convention Centre), sarapan, tea break, lunch dan minum petang... berbaloi kan.. penceramahnya pun semua hebat-hebat...


Slot ceramah ni bertajuk "Potensi Besar Bisnes Tupperware Brand". Untuk consultant yg baru menyertai dunia Tupperware, ceramah ni mmg sgt membantu.... masa ni la saya baru sedar bahawa
kehebatan Tupperware bukan hanya tertumpu kepada bekas-bekas plastiknya sahaja, tetapi produk kecantikan dan kesihatannya pun mempunyai mutu kualiti yg sgt baik dan berpotensi besar utk diterokai...



Menjana pendapatan lumayan dgn formula Tupperware Express 828... ceramah ni pun seronok dan topik yg dinanti-nantikan dlm kursus ni.. mcm mana nak jana pendapatan sehingga RM60k dlm masa 8 bulan?.... hmmmm... bunyinya mmg mengagumkan...teorinya mudah saja... dlm tempoh 8 bulan dr sekarang, taja 2 org consultant baru setiap bulan dan anda akan dpt menggandakan hasil komisyen setiap bulan...bagaimana ia boleh berganda? begini... setiap kali anda menaja seorang consultant baru, consultant baru itu pasti akan menaja pula seramai 2 org lg consultant baru sbb nak dpt diskaun lebih tinggi dlm pembelian produk Tupperware...so benda ni akan terus berganda dan berganda...

mcm senang je bunyinya kan...tp hakikatnya, bukan senang nak meyakinkan org utk menyertai dunia Tupperware dan mendaftar dibawah kita... even, senior-senior yg sekursus dgn saya pun pernah mengalami masalah yg sama...hehehe...ada sesiapa ka di luar sana berminat nak mendaftar sebagai consultant Tupperware di bawah saya? dlm erti kata lain, jd bisnez partner saya?... :)


Ni pula perkongsian ilmu dan pengalaman drpd Otai Tupperware... seronok mendengar pengalaman, kisah kisah kejayaan mereka... patutla mereka-mereka ni boleh berjaya sbb tak lokek ilmu... bukan mcm ada satu stokist kat PJ tu..kedekut ilmu gila-gila..apa sj saya tanya semua dia jwb "taktau!...tu kena tanya balik u punya upline!" padan la kedai engkau kecik je.. tak mcm stokist di Puchong dan Shah Alam... cantik, luas dan selesa... layanan pun mesra...

Kursus Tupperware ni klu boleh saya rumuskan disini, mmg happening gila la...semua family Tupperware yg hadir mmg sporting gila... siap ada aktiviti menari poco-poco lagi...hehehe...tak kira tua muda lelaki wanita, semua belasah je bgerak ke kiri kanan depan belakang... pendek kata siapa-siapa saja yg mengikuti dunia Tupperware, hidup sentiasa ceria...


Dari kursus ini juga saya belajar, utk berjaya dlm perniagaan Tupperware, hati kena sentiasa bersih, saling tolong menolong dan tidak kedekut ilmu...So, anda diluar sana jom la menyertai keluarga Tupperware.. marila bersama-sama saya menerokai Dunia Tupperware yang sungguh menceriakan ini... hubungi saya di fan page saya :
                              http://www.facebook.com/duniatupperwarepda

No comments:

Post a Comment